Search
Reservasi & Bantuan +62 811 6602 898 - +62 812 6602 898
Duration: 7D 6N
Location: Hotel : Beijing - 6 Nt
Price: RM2,380

BEIJING WINTER SKI

KELEBIHAN PAKEJ

  • DAPAT HADIAH Travel Bag
  • MUSIM Cuti Sekolah
  • MAKANAN Halal Yang Sedap
  • LAWATAN ke Ski Resort
  • ESCORT oleh Tour Leader Kacak

 

HARI 1 : K.LUMPUR – BEIJING (MOB)

Berkumpul di KLIA tiga jam sebelum berlepas. Penerbangan terus ke Beijing. Tiba di lapangan terbang Beijing Capital International Airport. Disambut oleh wakil kami di sana dan menuju terus ke hotel untuk check-in

 

HARI 2 : BEIJING (B,L,D)

Selepas sarapan, para peserta akan memulakan hari dengan berjalan di Tian An Men Square – dataran bandar terbesar di dunia, bersempadan dengan Great Hall of People dan Chairman Maos Mausoleum. Dibahagian utara terdapat Kota Larangan (Forbidden City), kompleks istana kerajaan dan rumah kepada Emperor of Ming dan Qing selama lebih dari 500 tahun. Selepas makan tengah hari, menuju ke Masjid Niu Jie – Masjid paling terkenal di Beijing dengan sejarah lebih dari 1000 tahun. Tidak jauh dari situ, terdapat Supermarket Muslim – satu-satunya pasar raya untuk umat Islam tempatan. Nikmati pertunjukan Acrobatic Show pada waktu malam. Kembali ke hotel.

 

HARI 3 : BEIJING (B,L,D)

Selepas sarapan, lawatan dimulakan dengan mengunjungi Tembok Besar China. Setelah itu peserta akan dibawa untuk bermain ski di Snow World Ski Resort (Optional : Tiket Masuk dan Sewa Peralatan Ski). Dan kembali ke hotel selepas makan malam.

 

HARI 4 : BEIJING (B,L,D)

Selepas bersarapan, menuju ke Summer Palace yang terkenal menjadi taman empayar terbesar di China. Selepas itu, singgah di Masjid Fayuan untuk solat – masjid yang paling kerap dilawati oleh pelancong. The Place akan menjadi perhentian terakhir – mempunyai LED skrin yang terbesar di Asia selepas itu kembali ke hotel untuk berehat.

 

HARI 5 : BEIJING (B,L,D)

Selesai bersarapan, berjalan menuju ke Qianmen Walk Street untuk melihat persekitaran bandar. Selesai makan tengahari, kita akan dibawa melihat kepadatan Wang Fu Jing Street dan kembali ke hotel

 

HARI 6 : BEIJING TOUR (B,L,D)

Selepas bersarapan, menuju ke Olympic Village – Bird Nest dan Water Cube untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Menuju ke Silk Street untuk melihat produk sulaman sutera yang utama di China dan peserta dibawa untuk makan malam

 

HARI 7BEIJING – K.LUMPUR (MOB)

Selesai program, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur membawa seribu satu kenangan manis dari bumi Beijing

 

PELEPASAN 2019

20-26 Dec

21-27 Dec

 

FLIGHT DETAILS

Kuala Lumpur – Beijing 1900 0115

Beijing – Kuala Lumpur 0230 0855

 

HARGA TERMASUK :

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Cukai lapangan terbang
  • Penginapan di hotel bertaraf 3* di semua lokasi
  • Makanan sepanjang program
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara dan bayaran masuk
  • Visa China
  • Beg kembara
  • Tour leader

 

HARGA TIDAK TERMASUK :

  • Insuran perjalanan peribadi
  • Barangan lebih had (max 20kg)
  • Perbelanjaan peribadi
  • Sewaan alat Ski
  • Tipping untuk guide & driver (RM120)

 

Note:

  1. Untuk tempahan, bayaran deposit RM500.00 seorang dan baki bayaran dibuat 45 hari dari tarikh berlepas
  2. Aturcara tertakluk kepada perubahan semasa mengikut cuaca dan kesesuaian keadaan setempat